Sufyan Atsauri berkata:
"Sepuluh macam kekejaman ialah :
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak
mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2.
Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap
harinya tidak membaca seratus ayat.
3.
Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sholat
dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak
memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.
Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jum’at
kemudian tidak sholat jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang
alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan
masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8.
Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.
Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mau belajar
ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
No comments:
Post a Comment